PENGENALAN RINGKAS
Madrasah Tahfiz
Ulumul Quran telah ditubuhkan pada 2 Oktober 2016 bersamaan 01 Muharram 1437H bertempat di Felda Gugusan Raja Alias 4 dan
mula berpindah ke bagunan baru pada 10 Julai 2017 di Kg Datok
Johan Serting Tengah.
Di asaskan oleh
Ustaz Redzuan Bin Mohd Said Al Hafiz salah seorang anak tempatan Bandar
Seri Jempol, Negeri Sembilan
Madrasah Tahfiz
Ulumul Quran menawarkan sistem pengajian
Tahfiz Al-Quran secara berterusan (sepenuh masa)
sehingga tamat hafiz 30 juzuk. Tempoh pengajian
(waktu hafazan) ialah di antara 2 hingga 3 tahun.

Selain itu pelajar-pelajar juga akan dilengkapkan
dengan pengajian tambahan iaitu Bahasa Arab, Fardhu Ain, Tajwid, Sirah dan Hadis serta mengadakan kelas tambahan subjek teras bagi persediaan menghadapi peperiksaan SPM
dan kelas kelas kemahiran (kerjasama Giat Mara Jempol).

Sehingga kini
pelajar yang menetap disini seramai 25 orang
dan 3 orang guru dan 2 orang kakitangan. Pada masa ini Madrasah Tahfiz Ulumul Quran mempunyai satu bangunan asrama, kelas, dewan makan, dapur dan pejabat yang boleh menampung sejumlah 50 pelajar. Madrasah Tahfiz Ulumul Quran juga dilengkapi dengan sebuah surau.

Alhamdulillah
dengan izin Allah swt,
pihak JHEAINS telah memberikan kelulusan penuh
beroperasi berkuatkuasa pada 24 September 2018
hingga 23 September 2023 dengan No Pendaftaran (JHEAINS) : 41-174/2018 dan No Pendaftaran (JAKIM) : NZH 6002.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan